Kata Aluan
Kata Alu-aluan Mudir Maahad Rahmaniah,
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang memberi ilham kepada cendikiawan menyebarkan ilmu pengetahuan sehingga lahir pelbagai cabang ilmu.Bidang penulisan adalah salah satu cabang untuk kita menyampaikan ilmu dan maklumat. Saya berbangga dengan kewujudan laman web Maahad Rahmaniah sebagai satu saluran untuk pelajar memperkembangkan idea dan berkongsi ilmu serta maklumat dengan rakan rakan yang lain. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi penghormatan untuk merakamkan sepatah dua kata sempena penerbitan laman web Maahad Rahmaniah ini. Sekalung tahniah untuk semua yang terlibat bertungkus lumus bagi menjayakan laman web ini.
​
Daya usaha,tanggungjawab dan kerjasama semua yang terlibat bagi menjayakan penerbitan laman web ini merupakan suatu usaha amat membanggakan. Sikap beginilah yang perlu dipupuk bagi meneroka idea baru dalam proses pembelajaran. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua pelajar agar mengambil inisiatif untuk memperbaiki diri dengan mempertingkatkan prestasi dalam bidang akademik kerana ia merupakan sebahagian daripada ilmu yang perlu dipelajari.
​
Akhir kalam, saya berharap usaha menerbitkan laman web Maahad Rahmaniah ini dapat memupuk kerjasama, muafakat, perpaduan dan silaturrahim di kalangan warga Maahad Rahmaniah demi melahirkan generasi pelajar bestari, berketrampilan dalam semua aspek kehidupan.

Yang Benar,
​
Haji Mohd Zaki Bin Idris
Pengetua Maahad Rahmaniah Kuala Krai

LATAR BELAKANG INSTITUSI
​
Maahad Rahmaniah Kuala Krai terletak di Km 5 Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang, iaitu bersebelahan dengan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala Krai. Maahad Rahmaniah mula didirikan oleh Allahyarham Tuan Hj. Qasim dengan bantuan masyarakat setempat pada tahun 1958 yang bertempat di Guchil 3, Kuala Krai. Nama asalnya adalah Madrasah Rahmaniah sempena mengambil nama Allahyarham Yang Mulia Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Pada Januari 1989, kerajaan negeri Kelantan telah mengambil alih sekolah ini dan diletakkan di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan (YIK). Sekolah ini juga telah dipindahkan ke tapak baru dengan struktur bangunan baru yang terletak di Kilometer 5 Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang sebagaimana lokasinya sekarang. Sekolah ini mempunyai lima blok bangunan, iaitu Blok A, Blok B. Blok C, Blok D dan Blok E. Semua struktur blok bangunan ini telah dibina oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK).




MAKSUD LOGO MRKK
Al-Quran
Pengurusan bagi Pengajaran dan Pembelajaran yang sistematik berlandaskan
A-Quran dan Hadis
​
Bulan Sabit & Bintang
Ilmu sebagai teras dan matlamat hidup di dunia dan akhirat
​
Warna Putih
Melambangkan segala usaha, keharmonian dan perpaduan warga MRKK
​
Warna Merah
Melambangkan semangat dan kesungguhan warga MRKK dalam menuju
kecemerlangan.
​
Warna Hijau
Melahirkan insan muslim yang beriman, berilmu pengetahuan dan beramal
soleh
​
Warna Kuning
Kesetiaan dan kepatuhan yang tidak berbelah bahagi terhadap arahan
majikan dan pentadbir
VISI, MISI & MOTTO MRKK
VISI
Rahmaniah, Maahad Pilihan Terbilang 2025
MISI
Menggembleng usaha membangunkan seluruh potensi pelajar bagi melahirkan generasi rabbani yang berketerampilan melalui sistem tarbiah yang sistematik dan berterusan berteraskan falsafah DPRK dan matlamat pendidikan YIK
MOTTO
Ilmu - Iman – Amal


PELAN LOKASI KEDUDUKAN KELAS SEKOLAH 2023/ 24

PROFIL SEKOLAH

PANORAMA MRKK
FALSAFAH PENDIDIKAN
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk pengetahuan untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan ,berakhlak mulia, bertangggungjawab, berketrampilan dan keupayaaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga ,masyarakat dan negara
MATLAMAT PENDIDIKAN YAYASAN ISLAM KELANTAN
Pendidikan Islam sebagaimana yang terangkum pengertiannya dalam istilah-istilah tarbiah, ta’lim, ta’dib, irsyad dan tadris adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu muslim sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya di bumi secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, aqliah, akidah emosi dan jasmani berdasarkan kepada ajaran Islam
MATLAMAT PENDIDIKAN YAYASAN ISLAM KELANTAN
Matlamat Pendidikan Yayasan Islam Kelantan ialah melahirkan muslim yang beriman, berakhlak mulia, berpengetahuan dan beramal soleh dan layak berkhidmat untuk membangun keluarga, masyarakat, negara dan ummah. Insan yang memiliki dan menyamai ciri-ciri berikut:-
​
3.1 Beriman dan taat kepada Allah
3.2 Berilmu pengetahuan
3.3 Berakhlak mulia
3.4 Beramal soleh
3.5Berkhidmat untuk masyarakat & Negara
3.6 Memiliki sahsiah yang seimbang